Afro's : Friends or You

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all Malaysian . . 

Sudah sekian lama aku tidak berposting dalam blogger ini dan hari ini aku ingin berkongsi pengalaman dengan kamu semua sepanjang kehidupan saya . aku bukan seorang manusia yang sempurna. kadang - kadang aku tak tahu kemana arah tujuan aku selama ini seperti aku di tengah pulau tanpa bekalan untuk hidup. 

Empat tahun aku kehilangan kawan - kawan. Empat tahun aku kehilangan orang yang pernah aku sayang. Empat tahun aku kehilangan segalanya. Sehingga aku sudah berada di Kolej baru aku dapat merasakan nafas baru dalam kehidupan. Selama empat tahun juga aku kehilangan ramai kawan baik sehingga aku mengganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri. Sehingga sekarang aku masih sedih tetapi aku seorang lelaki yang egonya tinggi dan juga berambut afro. 

Selama empat tahun juga aku sedar yang aku ini tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kawan - kawan. Bukan setakat kawan tapi orang yang pernah kita sayang akan membantu kita untuk berdiri bersama - sama dengan kita. 

Aku ini tidak suka bermadah dalam blogger ini. Semakin lama memikir semakin sedih pabila meningatkannya kembali. Mungkin setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya berikan pada hari ini

Assalamualaikum