That G**L sucks

Assalamualaikum dan salam malaysian kepada semua para blogger

Hari ini aku nk posting something . .
aku nak korang semua describe sendiri perempuan jenis apa
kepada perempuan kalo terasa please komen . . .

Start dari minggu lepas , aku tengok seorang perempuan ini dalam kelas , mukanya manis , body macam model but bagi aku dan lelaki2 yang nampak memang cantik . aku tak nak panjang cerita so aku start dari sini

Afro : hai . . . 
Girl : hai
Afro : ekau nama sapo ??
Girl : *****
Afro : Asal mano???
Girl : Pahang
Afro : Pahang kat mano?? pasal den dulu dok pahang gok
Girl : pahang kt mane??
Afro : Kuantan
Girl : Kuantan kt mane??
Afro : Sungai Lembing . ekau x abis bgtau den lg . pahang kt mano??
Girl : teka la . .
Afro : Pahang tu bukan kecik cik akak oiii
Girl : teka la
Afro : JGN RISAU LA YEK . DEN XKN DTG UMAH NK MINANG EKAU . . XKN
Girl : teka la
Afro : Temerloh???
Girl : yup
Afro : owh . koi orang Temerloh la ney??

Dalam minggu ini pulak , lepas habis kelas sambil menunggu turn untuk ambil attendance . . .

Afro : ekau balik mane??
Girl : balik hostel . . 
Afro : hostel mane ??
Girl : teka la . . 
Afro : kt KLMU ni ada 13 hostel yg ada (ntah btol ke tidak 13 hostel)
Girl : ada la dalam 13 2 . . 
Afro : . . . . . . . . ok

So bagi korang semua sebagai seorang manusia tak kira la lelaki ke perempuan ke , korang describe perempuan jenis apa begini . . 

Bagi pandangan aku la kan , perempuan ini fikir aku ni KASANOVA , perempuan tu jugak fikir yang aku ni tergila - gilakan dia . 

Ini jawapan aku , first aku admit dia memang cantik dan muka dia aku teringatkan someone yang rapat dengan aku dulu . second aku ini bukan jenis KASANOVA , aku bukan la jenis yang tergila - gilakan perempuan untuk mengisi masa lapang aku . dan third niat aku berkenalan dengan dia pasal aku nk tambah kawan . aku tanya asal dan tempat tinggal bukan apa takut orang itu saudara jauh yang kita tidak sedar . niat aku just nk berkawan pasal nak bercouple ni sorry aku setia even aku sendiri fikir nak kahwin dua . . hehe

Oleh itu  korang semua fikir la sendiri dan nilai la hati budi seseorang . . 
Maaf kalau tersalah bahasa .
sekian wassalam

Afro's Says : aku nk sepak2 je minah nie . . .

Friends

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para blogger

Penat rasanya hari ini . Baru balik dari kolej , kelas start dari pukul 12 sampai pukul 7
tapi dalam kepenatan itu terukir satu kenangan , memori dan senyuman pada diri

Start dari kelas BI . . ada beberapa perkara yang budak tak suka apabila masuk dalam kelas itu , first lecturer sangat tegas , tiap - tiap hari adalah hari drama dan speaking proper english . hari ini pulak lecturer bagi kitorang untuk buat drama . assignment ini dah start dari minggu lepas tapi kitorang buat last minutes tapi sesuatu yang tidak disangka . lecturer itu minta group kitorang buat yang terbaik untuk drama project . Nak bangga pun ada sikit tapi aku suka kerana aku melihat kawan satu group buat yang terbaik sambil itu melihat mereka gembira .

Kadang - kadang aku pernah terfikir kenapa Allah SWT ciptakan ramai manusia . kemungkinan perkara ini yang saya cakap , kegembiraan dan senyuman dan alangkah bagusnya kalo dunia ini penuh dengan orang yang gembira tidak kira susah senang . kawan adalah satu perkara yang special . apabila aku melihat telatah diorang aku berasa gembira sangat . kemungkinan aku masih sunyi or ini adalah imaginasi aku . bagi seorang lelaki yang berambut afro A.K.A aku , aku anggap kawan - kawan aku macam keluarga aku sendiri . aku membina satu keluarga yang baru . No nikah no sanding tapi aku pelik la pasal ada kawan lelaki mengaku dia adalah seorang ibu yang penyayang (I never thought that my mummy was a GUY) . .

Mereka sanggup berkawan dengan aku yang tak seberapa ini . aku tak pernah memilih kawan pasal aku jenis open minded tak kira la lembut ke , gay or lesbo , social ke pasal itu adalah hak masing cuma kita sebagai seorang manusia kena bertegur antara satu sama lain .

Lepas kelas pukul 6 , diorang ajak aku pergi makan kt McDonald di Sogo Mall . Lepak dengan diorang dan aku tersenyum melihat mereka semua senyum . buang semua stress dalam kepala otak dan bergembira ketika susah senang .

aku rasa sudah beratus kali aku ulang perkara yang sama dalam blogger ini . Cuma satu perkara saja aku ingin sampaikan kepada pembaca blogger , hargailah kawan selagi kita masih hidup dan Insya Allah kawan kita tetap akan mengingati kita sampai bila - bila .

Sekian Wassalam

Afro's Says : aku tulis panjang2 takut tertido plak so better aku stop sini , sedih pulak aku baca post sendiri

Friends and Love

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para blogger . .
semoga korang sihat sejahtera

Aku nak share something pada malam ini . . . .
berkawan dan berkasih

Antara dua perakara itu mana korang akan pilih ???
Adakah korang memilih kawan ????
Atau korang memilih berkasih ???

Setiap orang ada pandangan masing - masing tapi aku pasti yang korang semua banyak memilih kawan dari berkasih . . . .

Berkawan adalah satu hadiah dari Allah SWT kepada manusia agar manusia tidak bosan dalam menjalankan kehidupan . Kita boleh share masalah , bergurau senda dan bersuka ria dengan kawan - kawan . memang sesuatu yang istimewa berkawan , jikalau kita sedih tetap berdamping dengan kawan , jikalau kita duka tetap berdamping dengan kawan .

Sentiasa menghargai kawan . . Kawan adalah satu hadiah yang paling berharga dalam hidup . kalau tiada kawan , kita berasa sunyi dalam kehidupan .

Tapi macam mana dengan berkasih . perkara ini pun datang dari kawan pada hakikatnya . apabila kita berkawan dengan berlainan jantina kita merasa sesuatu yang kita tidak boleh diungkap dengan kata - kata. dan itulah wujudnya berkasih . Tapi dengan berkasih ini kita dapat mendalami isi hati pasangan masing , mengetahui personaliti pasangan dan berkongsi masalah dengan lebih intim .

Tetapi setiap orang terlupa dengan kawan - kawan yang berada disekeliling kita apabila berkasih . Kadang - kadang kita terlalu memikirkan pasangan kita hingga terlupa dengan kawan - kawan yang menjadi telinga dan mata korang apabila dalam kesusahan. Dan apabila kita bergaul dengan kawan - kawan sehingga melupakan pasangan maka mula berlaku pertelingkahan antara mereka dan kita selalu mendengar ayat ini

"Awak ini asyik berkepit dengan member jer , x pernah awak pikir saya kn??"
(lebih kurang la ayatnya tu)

Itulah yang kita kena jaga . . . . oleh itu, apa yang korang akan pilih??
berkawan atau berkasih????

Itu adalah hak korang masing - masing , macam saya cakap tadi setiap manusia ada pendirian masing - masing . .

choose wisely right or you can choose both . . . .

Wassalam

Afro's Says : kalo aku baik aku pilih dua2 . . .


Afro's Lecture . . . again

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para blogger
hari ni aku bg korang sedikit nasihat kepada semua para blogger

Kerana itu aku bagi perubahan sikit dalam post ini . tiada campur bahasa dan singkatkan perkataan .
agar kamu semua faham dengan apa yang ingin aku sampaikan .

Apa yang ingin aku sampaikan adalah satu nasihat kepada kawan - kawan blogger .
Rasanya aku dah berapa kali aku nasihat tetapi tidak salahkan kalau kita nasihat banyak - banyak

Pertama kepada lelaki  dan perempuan semua . . carilah pasangan yang sesuai dengan anda tidak kerana cantik kerana Allah akan tarik kecantikan itu di Akhirat kelak . tidak kerana hartanya kerana Allah jua akan menarik harta itu di akhirat kelak . memilih pasangan hidup pada zaman sekarang amatlah menncabar . oleh itu kenalah berhati - hati dalam memilih pasangan . tapi yang utama niat mencari pasangan itu . sekira itu bukan jodoh kita itulah kuasa Allah SWT .

itu adalah nasihat dari seorang alim , dan aku adalah orang yang menyampaikan amanat orang itu .

tapi nasihat seorang lelaki yang berambut afro ini ingin menasihatkan kamu semua tetapi jangan tersinggung dengan kata - kata yang akan saya sampaikan .

kepada yang manusia yang bergelar wanita . jagalah personaliti kamu kerana personaliti kamu lah akan menghanyutkan diri kamu dan juga lelaki yang menggoda kamu . sentiasa menutup aurat dan pakai pakaian yang elok . kepada yang tidak bertudung moga dapat hidayah dari Allah SWT . janganlah kamu bertudung kerana FESYEN kerana itu adalah perkara yang terjerat ke arah kemaksiatan . pakailah tudung dengan niat yang ikhlas . bukan hanya percakapan tetapi hati juga perlu ikhlas .

kepada lelaki pula , pilihlah pasangan dengan berhati - hati InsyaAllah kita akan dapat pasangan yang sesuai . berani kepada pasangan anda , seharusnya elakkan daripada menggunakan orang tengah kerana itu bukan tindakan seorang lelaki sejati . sebelum kamu mengajak pasangan untuk keluar bersama hendaklah membawa orang ketiga kerana tidak berlaku maksiat . hendaklah mintak izin pada ibu bapa pasangan (kalau mereka nak ikut terpaksa bawak yek)

Apa lagi aku nak nasihatkan kamu semua??Sebenarnya banyak lagi tapi bosan pulak kan??
kalau saya terkasar bahasa kerana segala kesilapan adalah datang dari diri sendiri .
jikalau kamu semua rasa nasihat ini tidak diterima akal fikiran silalah komen dengan rela hati
InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka . bukan semua manusia sempurna kan???

Dan yang terakhir wassalam
arrivedecci n bueno fortuna

Afro's Says : kadang - kadang aku tergelak jugak bila aku post benda ni . . .

Afro's Nostalgia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para blogger

hooooooooooo hari nie aku xtau nk share ape kt korang pada mlm ni
just aku confius about something

first of all aku nk mintak maaf pada para blogger pasal post aku nie . . bercampur baur
merosakkan bahasa tol . . .

Nostalgia
means the memory of the past . .

Actually aku xnk citer bende2 dh lepas ni . . tapi 2 la kn aku terpaksa luahkan
bukan ape kadang2 manusia ni xkn terlepas dari masa lalu . .
nape nk aku citer bende2 dh lepas . . ????

Pasal malam td member lame tepon aku . . so mintak maaf la kawan pasal kalo aku tepon mmg kuat suara aku . . kawan aku baru invite aku ke majlis perkahwinan dia kt Sg Lembing . . so aku x sure la nk gi ke x

tapi actually mmg aku busy sebenarnye . . dengan assignment yg melambak, drama yang ntah ape2, dan macam2 lagi la . . dan bukan takat 2 jer reason aku xnk balik tp ada la sebab dlm hati ini yg mengatakan tidak kembali ke sana . .

first aku xnk balik pasal aku malas nk lyn mamat sorang ni . aku xnk citer la dan xnk bukak aib orang
second plak aku xnk jumpe minah tu . . . aku pun xnk la citer detail dan xnk bukak aib orang
third aku xder duit sebenarnye nk balik . . .

Nostalgia ker kalo camtu???
actually banyak kenangan ketika aku berada di sana . .
cume aku xnk imbau balik kenangan 2 sekarang . . . .
blom ada masa lg . . .

so setakat ni jela perkara yang aku leh share pada korang . . . .
so arrivedeci n bueno fortuna . .

Afro's Says : xyah la balik sana, layan game lg best . . .

Afro's : How To Be A Gentleman

assalamualaikum dan very good morning kepada sume para bloggers

Dengan hening pagi ni aku nk share skit la
tajuknya "how to be a gentleman"

gentleman . . banyak orang pkir gentleman 2 ape . . especially orang pompuan la .
nape la aku nk share bende camni?? psal ada something berlaku malam semalam
ceritanya begini . . .

bermula al - kisah seorang lelaki ini yang sedang khusyuk mendengar ajaran dari lecturer dalam kuliah
(padahal satu bende pun x masuk dalam kepala otak) dan ada seorang kawan dia bertanya

"afro , ko perasan x minah 2?"
"pompuan mane?"
"pompuan dok baris ngan aku yang dok sebelah lelaki 2?"
"aku perasan, nape plak?"
"die senyum kt aku la"
"??????ok . . . . . . "
"aku nk mintak no tepon die la afro, ko leh tlg mintakkan?"
"ko laki gentleman la skit"
"please la afro . . boleh x?"
"bro, kalo ko gentleman ko mintak no dari dia sendiri, bkn orang tgh"

so kawannya 2 tunggu kt  luar kelas kononnya kalo pompuan 2 lalu dekat dia la . .
lelaki 2 plak pkir "daripada ko tunggu camtu baik aku berkenalan dulu . . "
ko lelaki 2 dekatkan diri dengan dia dan cuba la berkenalan

aku xnk citer la panjang2 . . selepas 2 lelaki kenal2 ngan pompuan 2 . . .
agak2 pompuan 2 bg no tepon dia????

buang tebiat ape pompuan 2 nk bg no tepon pada orang yg baru kenal??
except pompuan yang gatal2 ngan laki 2 yela kot . . .  no offense girl but this is the reality
so apa aku nk citer ni bkn sekadar pengalaman but cara korang beranikan diri untuk berkenalan dengan pompuan yang kita suka .

bkn senang nk start bercinta dari first kita berkenalan . tp kene usaha la . . setakat mintak no tepon, mesej2, facebooking, boleh tp x gentleman la pasal x bercakap face 2 face . so try tegur pompuan 2 slow2 . . berkawan dengan dia then baru korang tau isi hati pompuan, perangai pompuan 2 dan niat korang 2 penting kerana kita bercinta dengan niat untuk berkahwin .

setakat ni jela sharing aku pada korang , pada pompuan no offense ok pasal ini adalah hakikat pada zaman sekarang . wassalam

Afro's Says : aku dulu pun bercinta dalam SMS jer tp still bahagia . . . . moga berkekalan , amin

Afro's sharing a trend

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para bloggers

hai aku x tau nk post ari ni tp aku nk share something kt korang pasal trend ni
kalo nk citer pasal trend mmg banyak . . . . korang nk tanya pasal trend ape ???
trend pakaian . . trend ekonomi . . trend politik (dari dulu sampai masa depan sama je trend die)

kalo nak citer pasal trend ni mmg byk dan umum . sampai aku kawin dua pun xkan abis citer pasal trend ni
so aku nk start trend network . means apa perkembangan terbaru dalam dunia teknologi ni macam internet , komputer , video games dan macam2 lg . .

start mula internet ni diorang selalu gunakan browser cam IE dan Mozilla . tp remaja masa 2 suke berchatting so bermula la MIRC . kalo korang nk tau pasal MIRC ni sampai sekarang orang still gunakan lg especially for the hackers . . HAHA why????

sonang jo . pasal MIRC punye firewall x power . dari dulu sampai sekarang x upgrade2 .
dengan peningkatan yang ada ni muncul la laman sosial utk berchatting . . yahoo messenger
pasal lebih menarik dan hard to hack . . . agak la tp ada dh orang hack yahoo messenger ni .

lepas YM plak start la laman sosial pertama . start dari friendster dan hi5 (yang famous di malaysia waktu 2)
kt laman sosial plak korang leh add friend . chat ngan kawan2 . cari kenalan . even kite leh decorate profile kite . sometimes laman2 camni leh mencari kenalan yang sudah lama tak bertemu . then cube bayangkan korang rindu ngan kenalan lama dulu jumpa kt friendster dan laman2 sosial yang lain ???? confirm korang sedih . happy dan macam2 ragam la .

then berkembang la ke myspace , facebook, twitter, tumblr dan jgn lupe blogger . 2 la trend zaman sekarang . everything is here on internet . kt mane2 pun korang mesti gune internet . . business, payments, games, social network, dan banyak lagi la .

tapi kadang2 kite terlupa dan taksub sgt dgn trend sekarang ni . yela ada internet disalahgunakan macam laman **** . kadang2 internet la tempat kita nk bergaduh . tempat kita tikam belakang . tempat luahan perasaan . aku nyanyi skit yek . . . . INGIN KU GIGIT - GIGIT CUPING TELINGA KECILMU . LUAHAN PERASAANMU   haha . . tapi ni bukan auta tapi hakikat . . korang lihat sendiri kn . 


so internet ni ada kebaikan dan keburukannya . . so yang pandai memelihara adalah diri kita sendiri kn ?
berhati2 kamu semua kerana internet ni akan membawa kebaikan dalam masa yang sama memberi satu impak yang buruk kepada kita dan orang disekeliling .

setakat ni saja aku punye sharing pada korang hope enjoy
me wanna see you again seen ???
one love

Afro's In New Semester

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para kaki bloggers . . 
Hari ini aku nk share korang pasal semester baru ni . .

Open Semester . . kalo dh masuk kolej swasta memang kene terima la open semester nie . . x cam IPTA lain . . sebulan cuti semester . . kalo IPTS sah2 dua minggu jer . . . tapi bagi aku la kn dua minggu macam 2 abad . . bukan apa la kan . . kalo balik kg dok terperuk je kt umah . . paling bangsat la kan dok keje kt kedai makan . .  dah la aku menyampah ngan customer yang mulut cam longkang . . 

So time aku cuti dok main game jela kt umah sewa , main internet, tengok tv dan main game . . 2 minggu dok kt umah sewa  . . sampai la masa diorang call balik sruh keje baru la aku balik . . serius babe mmg aku xleh tahan dok kg . . nk pecah rasa kepala otak aku ni . tgh cuti plak membe2 pakat register jadual sama2 pasal baru ada team dynamic and having a lot of fun during the classes . another reason plak pasal kitorang xnk la satu kelas ngan sorang mamat ni . agak poyo la jugak mamat ni . 

lepas Open semester baru 2 baru la rasa best balik datang ke kolej . rindu sume kawan2 . . 2 la kebaikan kita dapat kalo pakat sama2 dlm kelas . . happening pun ada . . xder la nk lonely sgt . tapi bg aku x brape kisah la pasal kite leh jumpe lagi lepas kelas . . dlm minggu pertama semester baru nie just introduction untuk subject yang kitorang amik ni . . tp paling best kelas English . aku ingatkn blaja lg English cam aku blaja masa skolah rendah dulu rupanya kelas DRAMA . . . adoyaiii nk speaking totally 100% . . kene kecek amerika la . . . tapi aku rasa semester ini paling mencabar sekali la pasal dpat chef2 yang garang dan kitorang akan masuk Hell's Kitchen . . perghh that's could be interesting . . .

aku x citer plak pasal result exam aku . . perghh gempak la jugak dan ada peningkatan dalam akademik aku . . . first aku dh expected dua subject aku NC (Non - Complete) maksudnya kita punye markah exam x cukup or markah assignment yang x ckup . tapi x kusangka result aku sebegini gempak . . haha tapi 2 la kn nama pun rezeki . . assignment x berapa lengkap . . presentation cam haram . . tapi so far alhamdulillah la aku punye result sebegini rupa . . korang nk tau ker result aku brape ?? better xyah la . . nnti korang kata aku bangga diri plak kn . tapi selamanya ini mmg aku happy sgt2 pasal first time aku dpt result yang terbaik la . . mane x nye meh sini aku citer dari start sekolah rendah sampai aku amik form 6 . . UPSR 2A , PMR 1A, SPM xder A dan STPM FAIL . . tapi itulah ujian yang datang dari ALLAH SWT . . aku tengok result then aku aku round satu rumah sewa pasal happy sgt . . lepas 2 menjerit satu rumah  . HAHA

So apa yang aku share kt korang ini adalah satu iktibar dalam kehidupan kita agar teruskan perjuangan . kepandaian seseorang bukan datang daripada grade kita tetapi datang daripada hati yang ikhlas, kesungguhan dan kematangan otak kita . even perangai aku cam budak2 tapi ada hadnya . . 

sekian wassalam

(Afro's Says : yang round satu rumah and menjerit 2 menipu jer . saje bagi sedapkan cerita)

Afro's Lecture On Prophet Muhammad Birthday

Assalamualaikum dan good morning kepada semua para kaki blogger pasal sekarang aku menaip post selepas pukul 12.00 tgh mlm . . . 

Hari ini aku nak beri satu penjelasan tentang perkembangan Islam sempena Maulidur Rasul ni . .

Sebelum Kelahiran Rasulullah SAW manusia telah mengamalkan agama sebelum Islam iaitu ajaran Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS telah menjadi satu intipati kepada seluruh umat manusia terutama kaum Bani Israel . tetapi dengan kejahilan dan mentaliti manusia telah menjadikan agama2 sebelum Islam telah disesatkan . . Kitab asal Taurat dan Injil telah diubahsuaikan mengikut rekaan mereka sendiri . Pada suatu hari salah seorang kawan aku  ingin meminta pendapat kepada kawan2nya di facebook dengan soalan :

"aku ingin meminta pendapat kepada kawan2 semua boleh kita baca kitab Taurat dan Injil??aku nk sgt baca isi kandungan dalam kitab 2"

So ramai kawan2 dia cakap boleh asalkan tidak terpengaruh dengan kandungan dalam kitab2 itu . .
tetapi apa yang menarik minatku adalah pendapat seorang kawannya itu .

"tidak salah membaca kitab Taurat dan Injil kerana ia adalah kitab dari Allah SWT tetapi sekarang banyak ayat yang diubah2 dan takut terpengaruh dalam isi kandungannya itu. Kalau sedang membaca jangan kamu mempersendakan ayat2 dalam kitab itu kerana kemungkinan ayat 2 adalah datang dari Allah SWT"

Memang betul apa yang kawan mereka ckp . Selepas wafat Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS , umat manusia pada ketika itu telah banyak menyimpang dari ajaran nabi mereka . Mereka telah mengubah kitab2 terdahulu , kebanyakannya kandungan2 dalam kitab itu telah diubah dan 'dibuang' . Dan apa kandungan yang dibuang itu???Kandungan itu adalah ayat yang mengatakan bahawa terdapat seorang nabi yang terakhir dalam kalangan orang - orang Arab dan akan membawa sinaran baru didalam muka bumi ini . 

Semasa kelahiran Rasulullah SAW terdapat banyak petanda - petanda kelahirannya dan ssalah satu petanda dalam ingatan aku adalah terpadam api yang tidak pernah padam di Parsi selama 1000 tahun . Dalam kisah Rasulullah SAW terdapat banyak teladan dan kandungan yang tersirat sepanjang hidupnya dari waktu kecilnya sehingga baginda wafat . Dengan membawa satu ajaran yagn suci iaitu Islam telah mengajar umat manusia supaya tauhid kepada Allah SWT dan patuh pada perintahNya. Dengan konsep baru dalam Islam ini telah mengasas satu kemodenan dalam dunia ini .

Selepas kewafatan Rasulullah SAW , Islam sudah semakin berkembang di pelusuk tanah Arab dengan kepimpinan empat sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali . Seperti yang kita tahu Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi selepas kewafatanku bermulanya kerajaan . Dan selepas wafatnya baginda SAW  maka wujud la empayar2 Islam selepas wafatnya keempat - empat sahabat ini . 

Bermula dari empayar Umaiyyah pertama yang diperintah oleh Abu Sufian dan ahli keluarganya yang mengasaskan sistem monarki Islam yang pertama . Dalam pembentukan empayar mereka telah membuat satu pemodenan dan perkembangan di Islam . Semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz , sistem pentadbiran yang beliau lakukan telah memantapkan Islam sehingga rakyat tidak layak menerima zakat .  Selepas kejatuhan empayar Islam Umaiyyah, pemberontakan Bani Abbasiyyah telah menjadi satu perkembangan Islam yang baru iaitu Empayar Abbasiyyah dan pada masa yang sama perkembangan Islam juga berlaku di tanah andalusia yang sekarang dipanggil Sepanyol yang dilakukan oleh Abdul Rahman Dakhil yang mengasaskan kerajaan Islam Umaiyyah kedua . 

Sepanjang arus masa yang mereka lakukan telah berlaku banyak perkembangan dan inovasi yang mereka lakukan . Banyak Ahli Akademik, Falsafah, Pakar Sejarah, Ahli Agama telah banyak membantu dalam menambah pengetahuan manusia dalam kandungan terdapat di bumi Allah ini . Sehinggalah kejatuhan empayar Abbasiyyah kerana serangan orang - orang Mongolia dan kejatuhan empayar Umaiyyah kedua kerana serangan orang orang kirstian di Sepanyol tidak mematahkan orang - orang Islam mengembangkan ajaran Allah SWT . berlaku pada zaman perang Salib , Salahuddin Al - Ayyubi telah menahkluk Jerusalem ditangan orang kristian sehingga perang salib tamat . Selepas itu bermula satu kerajaan Islam yang baru iaitu Kerajaan Bani Uthmaniyyah di Turki . Pada masa itu , mereka ingin menakhluk Constantinople yang diperintah oleh kerajaan Byzantines yang dikatakan kukuh sehingga ramai pemimpin2 Islam terdahulu tidak dapat menawan kota itu . Mengapakah mereka ingin sangat menawan Constantinople itu ??? Kerana Hadis Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu " Suatu hari nanti kota Constantinople akan ditahkluk dikalangan pemimpin yang baik , tentera yang baik dan rakyat baik " . Mereka ingin menawan kota itu kerana mereka menganggap yang mereka adalah orang yang disebut  Rasulullah SAW . Tetapi kita harus percaya kepada hadis nabi SAW dan akhirnya benar dalam hadis itu kerana pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menawan kota itu iaitu Sultan Muhammad Al - Fateh aka Mehmet the Conqueror . Dengan usianya yang muda iaitu 21 tahun beliau telah menawan kota itu dan menukarkan namanya kepada Istanbul iaitu Islam Seluruhnya . Sehinggalah meninggalnya Sultan Muhammad , telah diteruskan legasinya untuk mengembangkan ajaran Islam diseluruh dunia terutama moyangnya Suleiman the Magnificent yang telah mengembangkan Islam sehingga 2/3 dunia . Subahanallah

Sempena Maulidur Rasul ini kita hendaklah mengingati perjuangan Rasulullah SAW dan bukan kerana baginda tiadalah empayar Islam terdahulu , tiadalah Al -Quran dan Hadis , tiadalah Ahli akademik Islam , tiadalah ilmu - ilmu yang dipakai oleh kita sekarang . 

Setakat ini saja post yang aku sampaikan kepada korang . harap korang baca isi kandungan post ini . aku berharap sangat kalau ada orang bagi pendapat dan kesilapan aku sepanjang aku tulis post ini . Kerana kesilapan itu datang dari diri sendiri dan kebaikan datang dari ALLAH SWT .  Wassalam

(Afro's Says : ko ingat rambut aku yang tgh mengembang ini x boleh nak wat post camni??hehehe gurau jer)