Afro's Mangas and Animes

Assalamualaikum pada para bloggers semua . . .

hari aku nk share something kt korang pasal hobby aku . . .
hobby aku banyak . main internet . video games . baca manga (komik jepun) . dan yang latest hobby aku adalah jadi collector . tp kos byk ma so kene kurangkan skit la . 

So aku nk citer detail pasal one of my favourite hobby . baca manga dan tengok anime
dari kecik lagi aku minat bende alah nie . tp sebelum aku menjinakkan diri dlm anime aku tengok siri super sentai ??? korang tau x ape super sentai 2 . . . senang citer korang penah dengar Gaban a.k.a Gavan or Power Rangers dan yang terbaik Kamen Rider . Dulu aku byk simpan koleksi2 Kamen Rider tp sekarang dh kene bakar pasal bapak aku ckp mase kecik2 . "ko 2 dh masuk skolah agama kene la tinggalkan bende2 camtu, nnti x tertanggung dosa ko" . betul jugak ckp bapak aku tp disebabkan aku ni anak bapak so kene ikut perintah .

Same as baca manga dan tengok anime nie . Dulu masa aku kecik famous ngan majalah kreko sampai sekarang, Rockman yang dulu sampai sekarang la favourite aku tp sekarang aku dh xder koleksi . cam bese la arahan bapak aku kn . So mase 2 bertambah bosan sehinggalah berkembang era Streamyx . ada online manga so xder la aku membazir2 beli majalah kn ??? anyway aku ni kedekut gak . pikir dua kali sebelum beli sesuatu.

Tp budak zaman sekarang lebih suka manga yang penuh dengan khayalan, aksi2, fantasi daripada manga yang berunsurkan ilmiah . ILMIAH????? ada ke manga macam 2??? itulah masyarakat yang terlepas pandang perkara yang mereka katakan "TIADA MASA DEPAN"

Actually ada banyak manga dan anime yang berkaitan ngan ilmiah ni . Aku bagi korang sedikit info la pasal manga yang pernah aku baca nie :-

Addicted To Curry : ni salah satu manga favourite aku . citer ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang ketagih dengan rempah ratus dan kari dan amat pakar dalam masakan berkaitan dengan kari . Apa yang menarik disini korang bleh amik resepi kari selepas korang baca manga ni . . (khas untuk orang yang suka dengan kari) dan lagi satu ada resepi untuk sambal telur dari Malaysia . Heee~~~~






Bambino !! : Ini jugak manga yang berkaitan ngan masakan . Mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membuka restoran sendiri dan terkenal di Jepun . Dia terpaksa mengharungi dugaan untuk menjadi Chef yang terhebat . Berkawan dengan yakuza, bertemu dengan bermacam ragam customer dan bertanding untuk keluarga Mafia!!! (Disebabkan aku amik Seni Kulinari memang aku kene baca la manga ni)





Yakitate!!Ja - pan : Setiap negara mempunyai roti yang tersendiri tetapi tidak di Jepun. Dengan Impian seorang lelaki untuk mencipta roti buatan Jepun yang tersendiri . dia terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk mengejar impiannya .
apa yang menarik kt sini adalah cara - cara saintifik untuk membuat roti yang berkualiti but jangan amik 100% . nnti korang baca korang paham la yek (Tok Guru dia rambut sama ngan aku .AFRO)





Historie : Kisah penuh dengan sejarah . Mengisahkan tentang seorang lelaki yang suatu hari nanti akan menjadi pegawai peribadi kepada Penakhluk Dunia Alexander the Great . Dalam manga nin dia akan menceritakan dan merekod sejarah hidupnya dari ayah Alexander sehingga kepada kematian Alexander itu sendiri.







So setakat ini jela aku leh share kt korang tapi sebenarnya banyak lagi manga2 seperti 2 . . . .
but remember . . Knowledge is Everywhere

(Afro Says : Ilmu datang dari mana - mana jer )

Afro's games and facts

Assalamualaikum dan salam to all Malaysian . . .
hari ini aku nk berkongsi sedikit pasal salah satu hobi aku iaitu bermain permainan video . .

Well kalo korang rasa post ini adalah satu kerja yang membuang masa sila berundur dari blog saya terima kasih . .

Sebelum tu baik aku cerita sedikit pasal permainan video ni . .
Ramai orang cakap permainan video adalah satu perakra yang membazir waktu dan mengkhayalkan terutama kepada kanak - kanak tetapi bagi saya permainan video adalah satu intipati yang menyerapkan satu perkara yang menarik dalam masyarakat . . setiap perkara mesti ada fakta dan maklumat yang tersendiri dan kadang -kadang mereka berubah sedikit auta dalam sesuatu fakta untuk memberikan satu jalan cerita yang menarik . . korang jangan nk menipu la kalo novel pun bleh berubah fakta even surat khabar sendiri right . . ???

So apa aku sampaikan adalah permainan video ini memberi kita satu fakta berkenaan dengan isu - isu semasa, sejarah, dan perkara lain tetapi masih lagi masyarakat tidak menerima hakikat . .

Aku xnk bercerita panjang so aku skip jela hujah aku nie . . . kalo korang x caya aku bg sedikit sebanyak tentang permainan video yang pernah aku main untuk pengetahuan semua . . .

first sekali siri Call of Duty . . permainan ini adalah satu permainan Firt Person Shooter (FPS) dan ia menyelitkan tentang unsur sejarah dari perang dunia pertama sehingga perang Dingin . . . Permainan ini juga diselitkan dengan pergolakan karakter utama dengan persekitaran di medan perang . tetapi permainan ini juga ada menyelitkan unsur fiksyen seperti siri modern warfare yang mengisahkan tentang peperangan moden yang melibatkan satu dunia yang dirancang oleh seorang lelaki sahaja . . .



Siri Elder Scroll adalah satu fiksyen fantasi yang berunsurkan Role Playing Game (RPG) . . . siri ini adalah berkaitan dengan kisah - kisah fantasi dari beberapa negara yang melibatkan satu skrol purba . terdapat beberapa siri Elder scroll seperti oblivion dan skyrim tetapi tiap - tiap siri mempunyai jalan cerita yang tersendiri . Apa yang menarik bagi saya adalah cerita ini mengambil unsur - unsur mitos scandinavian dari segi pakaian, bentuk geografi dan lain2 . .




Assassin Creed adalah satu permainan yang paling bagus kerana ia melibatkan unsur - unsur sejarah . mengisahkan tentang Desmond Miles, seorang lelaki biasa yang ditangkap oleh satu pertubuhan rahsia yang telah wujud beratus tahun dahulu Iaitu Templar Orders untuk menyelidik tentang moyang Desmond melalui satu mesin memori iaitu Animus untuk mengetahui rahsia disebalik perkara yang moyangnya lakukan . bermula dari seorang Assassin iaitu Altair Ibnu La'had, seorang pembunuh upahan dari Assassin Order dari era perang salib selepas Sultan Salahudin Al - Ayyubi menakhluk Jerusalem. terdapat empat siri iaitu Assassin Creed (AC), AC2, ACBrotherhood dan ACRevelations . AC2 adalah sambungan dari AC yang menceritakan tentang Desmond Miles sekali lagi menyelami memori moyangnya yang kedua iaitu Ezio Auditore pada zaman Renaissance dan terlibat dalam konspirasi di Itali yang melibatkan keluarga Medici, Sforza, dan Borgia . ACB pula adalah sequel dari AC2 setelah Ezio berjaya menyelami rahsia untuk mencari lokasi tentang Grand Temple dan dia juga terlibat dalam konspirasi dengan Cesare Borgia, anak kepada Rodrigo Borgia dan ACR pula adalah sequel terakhir setelah Ezio sudah menjadi lagenda diseluruh tanah Eropah dan Asia dan ingin menunaikan hasrat ayahnya iaitu seorang pambunuh upahan juga untuk mencari perpustakaan Altair di Masyaf iaitu pusat pertubuhan pertama Assassin Order . Dia juga terlibat dalam konspirasi dengan kerabat Diraja Sultan Turki Uthmaniyyah iaitu selepas meninggalnya Mehmet the Conqueror dan anaknya Bayezid II menjadi sultan. selain itu terdapat pergolakan antara kedua anak Bayezid iaitu Selim dan Ahmet dalam perebutan kuasa . dengan permintaan dari anak Selim iaitu Sulaiman (Sulayman the Magnificent) untuk membongkar konspirasi yang melibatkan kedua - dua keluarga ini .

Siapa tak tahu pasal Batman ??? even bapak saya pun baca komik batman . dalam permainan ini Batman adalah "The World Greatest Detective" untuk membasmi jenayah di sebuah metropolitan iaitu Arkham . terdapat dua siri iaitu Arkham Asylum yang menceritakan tentang perancangan teliti disebalik sebuah penjara + rumah sakit jiwa oleh musuh tradisi Batman iaitu Joker . Arkham City  pula siri kedua yang menceritakan tentang konspirasi musuh utama iaitu Joker dan doktor psikologi iaitu Hugo Strange . dan siri Arkham City ia melibatkan dua karakter iaitu Batman dan Catwoman . Bagi saya batman adalah adiwira yang terhebat kerana ia dapat menyelesaikan semua masalah walaupun musuh - musuhnya mempunyai kuasa yang hebat .

Battlefield 3 adalah sama seperti Call of Duty cuma mereka mempunyai jalan cerita yang agak berbeza dan mempunyai ciri yang berlainan dari siri Call of Duty . Tetapi permainan ini masih menyelitkan unsur - unsur sejarah dan fiksyen .








Civilazation adalah satu permainan berunsurkan Real Time Strategy iaitu kita menyusun strategi dalam semua perkara dari segi sosial, ekonomi, ketenteraan dan lain2 . Kita akan mengetuai sebuah Negara dan kita akan menyusun strategi untuk menangani musuh , membuat diplomasi, mengadakan perdagangan dan lain - lain . Kita boleh bermula dari zaman purba sehingga era futuristik . Apa yang menarik disini adalah terdapat kata - kata dari seorang sejarawan, ahli falsafah, kitab - kitab, pemimpin dunia dan ahli akademik untuk diambil sebagai satu intipati dalam kehidupan . .



Crysis 2 adalah permainan berunsurkan FPS yang menyelitkan fiksyen sains . Ia menceritakan tentang seorang super soldier yang mempunyai sut canggih yang boleh menjadikannya seorang super soldier yang terhebat . . terdapat dua siri iaitu Crysis dan Crysis 2 dan juga terdapat satu sequel lain iaitu Crysis Warhead . anda adalah seorang super soldier yang memakai sut yang boleh mempunyai pelbagai fungsi seperti super speed, max armor, max power dan invisible armor .





Dragon Age adalah satu permainan berunsurkan RPG yang menceritakan tentang seorang wira lagenda yang telah menyelamatkan dunia demi kebebasan rakyat dan kaum lain sperti dwarfs dan elven .
terdapat beberapa siri dalam Dragon Age seperti Dragon Age Origin , Dragon Age 2 dan Dragon Age : Mark of the Assassin . Ia menyelitkan unsur - unsur fiksyen fantasi mitos seperti kewujudan naga, kaum kecil iaitu dwarfs dan juga kaum bunian iaitu Elven.





Far Cry 2 adalah permainan FPS yang menceritakan tentang seorang askar upahan yang diupah untuk membunuh seorang penjual senjata yang terlibat dalam kekacauan di dunia Afrika. Jalan cerita agak menarik kerana ia melibatkan tentang isu global berkaitan dengan pergolakan di Afrika yang penuh dengan kekayaan hasil bumi terutama berlian .







F.E.A.R adalah satu permainan FPS yang memberikan elemen seram kepada pemain . mengisahkan tentang satu pasukan tentera unik iaitu FEAR (First Encounter Assault Recon) yang bertujuan untuk menyelesaikan perkara - perkara yang berunsurkan paranormal . Anda bermain sebagai karakter yang mempunyai kuasa yang unik dari ingatan masa lampau yang dihantuinya untuk menyelesaikan konspirasi yang melibatkan dia dan organisasi yang terlibat . Terdapat tiga siri dan AMARAN KERAS khususnya pemain yang mempunyai penyakit jantung kerana permainan ini mempunyai elemen2 mengejutkan .



L.A Noire adalah satu permainan Third Person Shooter (TPS) yang mengisahkan tentang seorang veteran askar perang dunia kedua yang bekerja sebagai seorang detektif di Los Angeles. Permainan ini hampir serupa dengan Grand Theft Auto tetapi permainan ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan memerlukan kepintaran pemain untuk menyelesaikan kes - kes yang dibawa oleh karakter itu dan membongkar rahsia disebalik bandar Los Angeles yang penuh warna warni.




Mafia 2 adalah permainan TPS yang mengisahkan tentang seorang bekas veteran askar perang dunia kedua yang tidak mahu meneruskan tugasnya sebagai seorang askar tetapi ingin meneruskan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga. Dia menjadi seorang Mafia bersama kawan baiknya untuk menjadi orang yang paling dihormati oleh ahli keluarga mafia yang lain. Apa yang menarik dalam permainan ini adalah terdapat juga keluarga mafia yang masih mengekalkan tradisi dan adat yang diambil dari tanah air sendiri iaitu Itali dan Sicily . Kenapa??? Keluarga yang mengekalkan tradisi mereka adalah mereka tidak mengambil perniagaan dadah dan masih menghormati keluarga mafia yang lain . tetapi mereka telah tersilap langkah dan terpaksa membetulkan kesilapan mereka sendiri.

Mass Effect adalah permainan TPS yang mengisahkan fantasi sains futuristik yang boleh meneroka alam semesta dan mengembara ke galaksi lain . Mengisahkan seorang manusia yang ingin menyelamatkan galaksi dari tentangan Reapers yang dikatakan sebagai makhluk pertama yang menduduki galaksi ini . terdapat tiga siri tetapi dua siri dikeluarkan dan siri terakhir akan dikeluarkan Mac ini.






Metro 2033 adalah permainan FPS yang berunsurkan zaman futuristik pasca kemusnahan . Mengisahkan seorang lelaki yang mengembara untuk memberi amaran kepada manusia tentang kedatangan satu entiti yang tidak diketahui iaitu The Dark One . Dengan persekitaran dunia yang penuh dengan pencemaran radiasi nuklear, mereka yang selamat terpaksa memulakan hidup baru didalam sebuah stesen kereta api bawah tanah sebagai tempat baru .





Need For Speed The Run adalah salah satu siri Need For Speed yang berunsurkan perlumbaan kereta yang memberi kelainan kepada pemain dari siri - siri NFS yang lepas. Ia menyelitkan dengan aksi dan perlumbaan yang memberi impak kepada pemain . terdapat kereta - kereta yang terbaru dan bersedia untuk berlumba untuk mendapat 20 juta .






Red Faction adalah permainan bersiri yang mengisahkan tentang seorang pelombong berkoloni angkasa di planet Marikh yang bernama Mason (nama akhir) yang menuntut kebebasan kepada ketua koloni pada ketika itu. terdapat beberapa siri bermula dari Red Faction sehingga kepada Red Faction Armageddon yang ingin meneruskan legasi keluarga Mason .






Saint Row adalah permainan TPS yang hampir sama dengan L.A.Noire dan GTA series . Apa yang menarik adalah apabila bermain korang akan rasa tergelak terguling - guling apabila main permainan ini . AMARAN : TIDAK SESUAI UNTUK KANAK - KANAK








Diadaptasi dari Novel Tom Clancy kepada permainan video . Splinter Cell adalah permainan yang berunsurkan pengintipan . Mengisahkan tentang seorang veteran yang pernah memasuki satu pasukan Rainbow Six telah bertukar arah kepada seorang pengintip dari pertubuhan kerajaan iaitu Third Echelon untuk mengerjakan kerja pengintipan . terdapat beberapa siri dan yang terbaru adalah SC Conviction yang menyelitkan unsur drama dan konspirasi disebalik pertubuhannya . permainan ini memerlukan kepintaran pemain untuk menjalankan misi dengan sempurna .



Starcraft 2 adalah sequel bagi Starcraft 1 yang berunsurkan RTS . mengisahkan tentang seorang bekas Space Marshall iaitu James Raynor yang mengetuai pasukan pemberontak 'Sons of Korhal' dalam membebaskan manusia dari korupsi empayar Dominion . Pada masa yang sama berlaku satu penjajahan dari warga makhluk asing iaitu Zerg yang diketuai oleh Kerrigan yang dahulu adalah bekas kekasih James Raynor . Apakah kesudahannya ???





Star Wars Force Unleashed adalah sequel lain dari cerita sebenar Star Wars . Bergenre TPV (Third Person View) yang mengisahkan tentang seorang anak murid Darth Vader iaitu Starkiller yang mula memberontak dengan gurunya setelah mengetahui masa lampaunya . terdapat dua siri dalam permainan ini.







Diadaptasi dari komik kepada filem dan permainan ini adalah sambungan dari filem itu . Mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan pertubuhan rahsia 'Fraternity' iaitu Wesley Gibson menghadapi satu plot yang masih tidak selesai setelah dia membunuh ketuanya sendiri iaitu Sloan . Setelah itu Wesley menghadapi pelbagai konflik dan membongkar rahsia disebalik kisah ayahnya yang merupakan seorang pembunuh upahan dan rahsia pertubuhannya sendiri.





Disinilah saya akan berhenti dan minta maaf kepada para blogger semua kerana terlalu panjang saya menaip kerana terlalu rancak jari menari atas keyboard . Setakat itu sahaja saya akan berhenti, sedikit sebanyak saya memberi info kepada para pembaca semua tentang fakta dan maklumat yang dikatakan tidak elok kepada masyarakat.

Minta Maaf atas salah dan silap kerana kesilapan datang dari diri sendiri dan kebaikan datang dari ALLAH SWT . . .

(Afro Says : minta maaf kerana terlalu banyak maklumat . harap kamu tidak bosan membacanya)

2012 : Afro's New Chapter

Assalamualaikum WBT


Dah lama aku x berblogging . . . . kadang - kadang kita menyepi bukan kerana kebuntuan idea tetapi sibuk dalam rutin harian walaupun pada waktu cuti

Hari ini aku nak cerita sikit apa visi dan misi aku pada tahun 2012 . . .
Aku mengharap sangat kalau tahun ini adalah tahun yang bermakna buat aku dan orang di sekeliling aku . . .
At the same time awal tahun ini adalah hari cuti semester aku . . tapi aku x balik kampung pun . . pasal apa ya???
First, aku bosan duduk kat Gemas tu . . . bukan ada apa pun . . nak lepak pun susah . . asyik kerja kerja dan kerja . . . better aku duduk kat KL, berlaman sosial, bermain permainan video, dan boleh buat sesuka hati . . hahahaha . .

Kalau diikutkan awal tahun ini adalah tahun yang paling manis dalam hidup aku . . sepatutnya aku ada hari ulangtahun aku dan kekasih tapi masing - masing sibuk . . kekasih praktikal kat Melaka . . . aku pula sedang menikmati cuti semester . . . tapi aku rasa sedih sangat kerana tidak dapat berhubung seperti biasa . . nak topup pun tak ada duit, nak tunggu dia online memang tak dapat la pasal dia kerja . . . terasa rindu sangat kat dia . . . lepas raya Cina nanti aku nk beri satu hadiah yang istimewa untuk dia kerana salah dan silap aku sepanjang aku mencurah kasih padanya . . .

Dan aku pun tak sangka aku masih kekal bersama dengan dia . . . SETAHUN sudah berlalu dan itu adalah waktu paling panjang aku bersama dengannya sepanjang hidup aku . . . semoga akan berkekalan hingga akhir hayat . .

Aku pun tidak tahu nak bercerita apa yang aku alami selama tahun 2011 . . . pengalaman manis, pahit, payau, kelat, pedas semua ada la rasa sepanjang tahun 2011 . . tapi itulah satu norma kehidupan kita . . Allah SWT telah menunjukkan arah tujuan kita untuk menilai , perbaiki , dan melihat perkara - perkara disekeliling kita . .

Walaupun aku masih mempunyai ramai musuh tetapi aku tetap mempunyai ramai kawan baru . . . Aku tidak kisah kalau mereka benci dengan personaliti aku, perangai, tingkah laku dan perkara yang membuatkan mereka sakit hati . . tetapi biarlah mereka menilai sendiri baik dan jahat seorang manusia itu . . kalau mereka menilai lebih mendalam baru mereka tahu perkara disebaliknya . .

Aku masih lagi tidak suka dengan seorang wanita ini . . sampai sekarang walaupun dia sudah berapa kali nak  minta maaf pada aku tetapi aku masih keras tidak memaafkan dia . . hati aku bukan setakat keras tetapi bersalutkan titanium 15cm lagi . . . still aku maafkan si dia lagi ???? Sorry to say guys but I'm never forgive her for what she done to me . . Like the Old says "History was written by motherfucking victor"

Adakah salah jikalau aku tidak memaafkan dia ???
Dan kalau salah ada aku kisah ????

Hanya Allah saja yang tahu . .
aku tidak bercerita perakara yang pahit kerana aku nak hendak bercerita perakara yang manis tapi sekarang tidak lagi . . . anggap cerita ini sebagai satu iktibar buat kita untuk meneruskan kehidupan . .

(Afro : sorry lambat wish but happy belated new year)