Afro's Lecture . . . again

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para blogger
hari ni aku bg korang sedikit nasihat kepada semua para blogger

Kerana itu aku bagi perubahan sikit dalam post ini . tiada campur bahasa dan singkatkan perkataan .
agar kamu semua faham dengan apa yang ingin aku sampaikan .

Apa yang ingin aku sampaikan adalah satu nasihat kepada kawan - kawan blogger .
Rasanya aku dah berapa kali aku nasihat tetapi tidak salahkan kalau kita nasihat banyak - banyak

Pertama kepada lelaki  dan perempuan semua . . carilah pasangan yang sesuai dengan anda tidak kerana cantik kerana Allah akan tarik kecantikan itu di Akhirat kelak . tidak kerana hartanya kerana Allah jua akan menarik harta itu di akhirat kelak . memilih pasangan hidup pada zaman sekarang amatlah menncabar . oleh itu kenalah berhati - hati dalam memilih pasangan . tapi yang utama niat mencari pasangan itu . sekira itu bukan jodoh kita itulah kuasa Allah SWT .

itu adalah nasihat dari seorang alim , dan aku adalah orang yang menyampaikan amanat orang itu .

tapi nasihat seorang lelaki yang berambut afro ini ingin menasihatkan kamu semua tetapi jangan tersinggung dengan kata - kata yang akan saya sampaikan .

kepada yang manusia yang bergelar wanita . jagalah personaliti kamu kerana personaliti kamu lah akan menghanyutkan diri kamu dan juga lelaki yang menggoda kamu . sentiasa menutup aurat dan pakai pakaian yang elok . kepada yang tidak bertudung moga dapat hidayah dari Allah SWT . janganlah kamu bertudung kerana FESYEN kerana itu adalah perkara yang terjerat ke arah kemaksiatan . pakailah tudung dengan niat yang ikhlas . bukan hanya percakapan tetapi hati juga perlu ikhlas .

kepada lelaki pula , pilihlah pasangan dengan berhati - hati InsyaAllah kita akan dapat pasangan yang sesuai . berani kepada pasangan anda , seharusnya elakkan daripada menggunakan orang tengah kerana itu bukan tindakan seorang lelaki sejati . sebelum kamu mengajak pasangan untuk keluar bersama hendaklah membawa orang ketiga kerana tidak berlaku maksiat . hendaklah mintak izin pada ibu bapa pasangan (kalau mereka nak ikut terpaksa bawak yek)

Apa lagi aku nak nasihatkan kamu semua??Sebenarnya banyak lagi tapi bosan pulak kan??
kalau saya terkasar bahasa kerana segala kesilapan adalah datang dari diri sendiri .
jikalau kamu semua rasa nasihat ini tidak diterima akal fikiran silalah komen dengan rela hati
InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka . bukan semua manusia sempurna kan???

Dan yang terakhir wassalam
arrivedecci n bueno fortuna

Afro's Says : kadang - kadang aku tergelak jugak bila aku post benda ni . . .