Afro's Lecture On Prophet Muhammad Birthday

Assalamualaikum dan good morning kepada semua para kaki blogger pasal sekarang aku menaip post selepas pukul 12.00 tgh mlm . . . 

Hari ini aku nak beri satu penjelasan tentang perkembangan Islam sempena Maulidur Rasul ni . .

Sebelum Kelahiran Rasulullah SAW manusia telah mengamalkan agama sebelum Islam iaitu ajaran Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS telah menjadi satu intipati kepada seluruh umat manusia terutama kaum Bani Israel . tetapi dengan kejahilan dan mentaliti manusia telah menjadikan agama2 sebelum Islam telah disesatkan . . Kitab asal Taurat dan Injil telah diubahsuaikan mengikut rekaan mereka sendiri . Pada suatu hari salah seorang kawan aku  ingin meminta pendapat kepada kawan2nya di facebook dengan soalan :

"aku ingin meminta pendapat kepada kawan2 semua boleh kita baca kitab Taurat dan Injil??aku nk sgt baca isi kandungan dalam kitab 2"

So ramai kawan2 dia cakap boleh asalkan tidak terpengaruh dengan kandungan dalam kitab2 itu . .
tetapi apa yang menarik minatku adalah pendapat seorang kawannya itu .

"tidak salah membaca kitab Taurat dan Injil kerana ia adalah kitab dari Allah SWT tetapi sekarang banyak ayat yang diubah2 dan takut terpengaruh dalam isi kandungannya itu. Kalau sedang membaca jangan kamu mempersendakan ayat2 dalam kitab itu kerana kemungkinan ayat 2 adalah datang dari Allah SWT"

Memang betul apa yang kawan mereka ckp . Selepas wafat Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS , umat manusia pada ketika itu telah banyak menyimpang dari ajaran nabi mereka . Mereka telah mengubah kitab2 terdahulu , kebanyakannya kandungan2 dalam kitab itu telah diubah dan 'dibuang' . Dan apa kandungan yang dibuang itu???Kandungan itu adalah ayat yang mengatakan bahawa terdapat seorang nabi yang terakhir dalam kalangan orang - orang Arab dan akan membawa sinaran baru didalam muka bumi ini . 

Semasa kelahiran Rasulullah SAW terdapat banyak petanda - petanda kelahirannya dan ssalah satu petanda dalam ingatan aku adalah terpadam api yang tidak pernah padam di Parsi selama 1000 tahun . Dalam kisah Rasulullah SAW terdapat banyak teladan dan kandungan yang tersirat sepanjang hidupnya dari waktu kecilnya sehingga baginda wafat . Dengan membawa satu ajaran yagn suci iaitu Islam telah mengajar umat manusia supaya tauhid kepada Allah SWT dan patuh pada perintahNya. Dengan konsep baru dalam Islam ini telah mengasas satu kemodenan dalam dunia ini .

Selepas kewafatan Rasulullah SAW , Islam sudah semakin berkembang di pelusuk tanah Arab dengan kepimpinan empat sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali . Seperti yang kita tahu Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi selepas kewafatanku bermulanya kerajaan . Dan selepas wafatnya baginda SAW  maka wujud la empayar2 Islam selepas wafatnya keempat - empat sahabat ini . 

Bermula dari empayar Umaiyyah pertama yang diperintah oleh Abu Sufian dan ahli keluarganya yang mengasaskan sistem monarki Islam yang pertama . Dalam pembentukan empayar mereka telah membuat satu pemodenan dan perkembangan di Islam . Semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz , sistem pentadbiran yang beliau lakukan telah memantapkan Islam sehingga rakyat tidak layak menerima zakat .  Selepas kejatuhan empayar Islam Umaiyyah, pemberontakan Bani Abbasiyyah telah menjadi satu perkembangan Islam yang baru iaitu Empayar Abbasiyyah dan pada masa yang sama perkembangan Islam juga berlaku di tanah andalusia yang sekarang dipanggil Sepanyol yang dilakukan oleh Abdul Rahman Dakhil yang mengasaskan kerajaan Islam Umaiyyah kedua . 

Sepanjang arus masa yang mereka lakukan telah berlaku banyak perkembangan dan inovasi yang mereka lakukan . Banyak Ahli Akademik, Falsafah, Pakar Sejarah, Ahli Agama telah banyak membantu dalam menambah pengetahuan manusia dalam kandungan terdapat di bumi Allah ini . Sehinggalah kejatuhan empayar Abbasiyyah kerana serangan orang - orang Mongolia dan kejatuhan empayar Umaiyyah kedua kerana serangan orang orang kirstian di Sepanyol tidak mematahkan orang - orang Islam mengembangkan ajaran Allah SWT . berlaku pada zaman perang Salib , Salahuddin Al - Ayyubi telah menahkluk Jerusalem ditangan orang kristian sehingga perang salib tamat . Selepas itu bermula satu kerajaan Islam yang baru iaitu Kerajaan Bani Uthmaniyyah di Turki . Pada masa itu , mereka ingin menakhluk Constantinople yang diperintah oleh kerajaan Byzantines yang dikatakan kukuh sehingga ramai pemimpin2 Islam terdahulu tidak dapat menawan kota itu . Mengapakah mereka ingin sangat menawan Constantinople itu ??? Kerana Hadis Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu " Suatu hari nanti kota Constantinople akan ditahkluk dikalangan pemimpin yang baik , tentera yang baik dan rakyat baik " . Mereka ingin menawan kota itu kerana mereka menganggap yang mereka adalah orang yang disebut  Rasulullah SAW . Tetapi kita harus percaya kepada hadis nabi SAW dan akhirnya benar dalam hadis itu kerana pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menawan kota itu iaitu Sultan Muhammad Al - Fateh aka Mehmet the Conqueror . Dengan usianya yang muda iaitu 21 tahun beliau telah menawan kota itu dan menukarkan namanya kepada Istanbul iaitu Islam Seluruhnya . Sehinggalah meninggalnya Sultan Muhammad , telah diteruskan legasinya untuk mengembangkan ajaran Islam diseluruh dunia terutama moyangnya Suleiman the Magnificent yang telah mengembangkan Islam sehingga 2/3 dunia . Subahanallah

Sempena Maulidur Rasul ini kita hendaklah mengingati perjuangan Rasulullah SAW dan bukan kerana baginda tiadalah empayar Islam terdahulu , tiadalah Al -Quran dan Hadis , tiadalah Ahli akademik Islam , tiadalah ilmu - ilmu yang dipakai oleh kita sekarang . 

Setakat ini saja post yang aku sampaikan kepada korang . harap korang baca isi kandungan post ini . aku berharap sangat kalau ada orang bagi pendapat dan kesilapan aku sepanjang aku tulis post ini . Kerana kesilapan itu datang dari diri sendiri dan kebaikan datang dari ALLAH SWT .  Wassalam

(Afro's Says : ko ingat rambut aku yang tgh mengembang ini x boleh nak wat post camni??hehehe gurau jer)