Afro says:Is That a Sin?

Adakah itu dikatakan dosa?

"Selepas aku bekerja,kakak aku menyuruh aku membeli barang-barang untuk berniaga pada keesokkannya.Aku pergi mengambil kuci kereta Abang Iparku dan menaiki kereta itu.aku membawa kereta itu ke sebuah pasar raya di Gemas.aku membeli barang-barang mengikut senarai bahan untuk dibeli.Selepas aku selesai membeli barang,aku singgah di sebuah gerai makanan ringan,aku membeli Waffle chocolate.sambil peniaga membuat waffle itu,aku melihat seorang kakak mendukung anaknya yang masih kecil lagi.aku melihat wajah bayi itu.betapa sedih aku melihat bayi dalam kesejukan.kakak itu memandang aku,dan aku hanya boleh membalas senyuman sahaja.aku ingin menolongnya tetapi apakan daya,nafsuku menyuruh jangan melakukannya.Setelah aku membayar waffle itu,aku duduk di kerusi panjang,sebaris dengan kakak itu.Setelah aku selesai makan,aku terus pergi ke kereta untuk meletak barang beli belah di dalam bonet kereta.Selepas itu,tiba-tiba seorang pemuda memegang bahuku dan meminta tolong,

"Bang,leh mintak tolong tak?"
"Apa dia Bang?"
"Boleh tolong hantar saya dan isteri saya balik tak?Hujan la bang,lagipun kitorang naik motor bang,kesian anak saya tak makan lagi"

Dengan rela hati aku menolong,
"Boleh,jom-jom,abang tunggu kt pintu depan,nanti saya pusing kereta kt pintu depan"
"terima kasih bang"

aku menghidupkan enjin kereta dan memusing kereta ke pintu depan.aku tidak sangka isterinya ialah seorang kakak yang mendukung bayi yang sedang kesejukan semasa aku membeli waffle tadi.aku senyum sekali lagi pada kakak itu dan dia membalasnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>FAST FORWARD

Selepas aku menghantar isterinya,pemuda itu meminta tolong kepadaku sekali lagi
"Bang,boleh hantar saya kt pasar tu semula?Alang-alang abang ada baik saya ambik motor saya"
"Boleh.,,,,"

sekali lagi saya menghantarnya semula ke pasar itu.Abang itu berkata
"Terima Kasih bang,kalo xde abang td tak tau saya mintak tolong dari sapa."
selepas itu abang itu berkata lagi
"Terima kasih Ya Allah kerana Menghantar hambaMu yang mulia untuk menolong orang yang banyak melakukan dosa ini"

Aku terkejut dan terharu mendengar kata-katanya itu.......

P/S : Afro says : Is That a Sin to YOU?