The Bittersweet Nostalgia

Assalamualaikum pembuka bicara.........

Saya ingin menceritakan tentang seorang wanita yang saya hargai sepanjang saya masih hidup.......
tarikh kelahirannya tahun 1913 dan tempat kelahirannya tidak saya ketahui...sesetengah adik beradiknya berkata yang mereka dilahirkan di Riau atau Indonesia.

Beliau dikatakan anak keturunan Raden iaitu Bangsawan di Indonesia...Pada suatu hari semasa kedatangan Belanda di Indonesia...beliau dan adiknya melarikan diri dari Indonesia meninggalkan Ibu Bapanya dan dibawa oleh orang suruhan bapanya......namanya tidak diketahui dan mereka menyamar diri mereka dengan meletak nama Ismail......Semenjak itu beliau dibapakan dengan nama Ismail iaitu orang suruhan bapanya...sampai hari ini masih tidak diketahui asal-usul mereka.....

Semasa beliau berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an ketika bermula penjajahan Jepun pada 1941,terdapat banyak seksaan yang dilakukan oleh tentera Jepun....terdapat juga tentera Jepun yang menolong dan membantu orang kampung....ramai wanita yang diseksa dan dijadikan sebagai hamba seks pada ketika itu....oleh itu beliau cuba mengelak daripada beliau dirogol iaitu dengan merokok kerana tentera Jepun tidak suka kepada wanita yang perokok dan dikatakan perempuan itu tidak beradab....sehingga beliau hidup dan sebelum beliau sakit....beliau masih lagi perokok

Dikatakan Beliau mengahwini 11 orang lelaki pada ketika itu dan sepuluh daripadanya bercerai kecuali seorang......Beliau mempunyai enam orang anak dan mempunyai 36 orang cucu....

Pada tahun 2006,beliau mengalami angin ahmar ketika menjalani kursus menunaikan haji dan umrah dan pada tarikh 01/11/10 beliau menghembuskan nafas yang terakhir......

Al - Fatihah kepada Allahyarhamah Jahara Binti Ismail
semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di tempat orang-orang yang beriman

(P/S : sorry,no picture available and I feel sad when I look her picture.....sorry again)